Saturday, 15 December 2012

annyeonghaseyo Seoul Garden!



안녕하세요 제 이름은 라일라입니다! haa tiba2 kecek korea pulak. haha. nampak title kat atas Seoul Garden kan? tapi bukannya aku pg garden kat Seoul, Korea nun. jauh bebeno. Seoul Garden ni restoren korea. kat Malaysia ada banyak google je. baru2 ni Jusco Ipoh pun dah bukak satu. for my entire life, memang tak pernah try korean food tapi teringin sangat sebab pengaruh drama and Family Outing! nampak sedap je and makanan diorang ni agak berkhasiat kalau nak compare dgn malaysian. so today me and my sis pun memberanikan diri nak cuba makanan korea. tp kalau nak makan kat sini kena pandai cakap korea. kalau tak memang diorang tak serve makanan. so kalau dah tak tau sangat sila la bawak dictionary korea ye. ok yg ni tipu! hahaha mana ada kena reti cakap korea. jenuh le kalau gitu idok?

the entrance

makanan kat sini semuanya buffet. dia macam ala2 steamboat and paling best semua korang masak sendiri :) harga dia lebih kurang rm30 per person. dia ada student price jugak so kalau nak murah sikit bawak la student card. menu dalam seoul garden ni ada macam2. from variety of seafood, poultry etc. mee, nasi, ramyun (maggie) pun ada. on top of that ada dessert iaitu ice cream. air pun disediakan and refillable. korang just kena bayar rm30 and eat till you're fat, haha! slogan dia pun memang All-U-Can-Eat. kat bawah ni semua gambar2 ingredients yang kita boleh ambil banyak mana pun and masak sendiri





first-first tu memang aku and kakak aku macam jakun je tak reti nak buat macam mana. tapi last2 kitorang belasah jelah! hehe~ before tu kita kena pilih base soup. so base soup yg available adalah:
  • Chicken
  • Ginseng soup (RM2.88 surcharge)
  • Chinese herbal soup (RM2.88 surcharge)
  • Kimchi jigae soup (RM2.88 surcharge)
  • Super tom yam soup (RM2.88 surcharge)
  • Super kimchi soup (RM2.88 surcharge)
  • Curry chicken soup (RM2.88 surcharge)
  • Tom yam soup (RM2.88 surcharge)
then, baru kita pilih ingredients apa yg kita nak. ada marinated meats and seafood like bulgogi, garlic, teriyaki, black pepper, curry, coffee, tomyam and more. i highly recommend you teriyaki. super duper yummilicious! for seafood pulak ada macam2. ada crab, prawns, clams, fish, mussels etc. 
yg paling aku excited sekali bila nampak kimchi. kenapa? sebab dulu selalu tengok kat tv je. tak pernah nampak real life. kimchi ni makanan famous kat korea. kalau korea diorang ada kimchi kita kat malaysia ada sambal belacan. kimchi ni marinated cabbage with hot pepper sauce. aku pernah baca orang cakap kimchi ni masin. tak sedap sangat. lain taste bud kita drpd orang korea. so aku pun nak la test rasa sendiri. tengok taste bud aku ni macam korea ke tak. muka dah ala2 macam korea so mestilah taste bud pun cam korea kan? HAHA joking :D bila dah rasa2 bagi aku sedap je kimchi ni. tak macam apa orang lain cakap. tapi sambal belacan sedap lagi la. tahap kepedasan dia 1.5 out of 5. so bagi aku sedap jelah. lain orang lain la taste dia kan. haa kan aku dah cakap taste bud aku macam orang korea :p kimchi ni boleh act as flavouring. bila kita add kimchi dalam soup, soup ni bertambah sedap and pekat. SERIOUS sedap sangat! bak kata orang korea DAEBAK! nanti tryla sendiri kalau tak percaya. daging BBQ seoul garden ni sangatlah sedap. aku suka sangat makan ayam and daging bakar dia. fuhh terasa macam duduk kat korea tau tak! kalau tengok cerita korea diorang suka makan benda ni. sekarang baru aku faham kenapa orang korea suka makan daging BBQ. rasa dia lain drpd kita punya BBQ

ni lah rupa kimchi. mouth-watering tak? yum!








asyik post gambar makanan je biarlah aku nak mencapap sikit. post gambar sendiri kat Seoul Garden. selca selca huhu >.< 




ni lah my sis :)

nampak sedap kan? memang sedap pun. harga berbaloi sangat. kalau korang ni jenis kuat makan memang sesuai makan kat sini. macam2 boleh makan :) aku rasa kalau aku kena campak duduk kat korea mesti boleh survive punye sebab food dia no problemo tp kena cari yg halal jelah! 안녕 우리 다시 만날 때까지 goodbye till we meet again! 

No comments:

Post a Comment